Am 12/09/2026 04:07 AM

PM Anwar Sampaikan Salam Hormat Yang di-Pertuan Agong Kepada Putin

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
PM Anwar Sampaikan Salam Hormat Yang di-Pertuan Agong Kepada Putin

Daripada M.Saraswathi

NEW DELHI, 12 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan salam hormat Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kepada Presiden Rusia Vladimir Putin pada pertemuan dua hala di sini hari ini.

“Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menyampaikan salam hormat baginda,” kata Anwar.

Perdana Menteri turut mengulangi jemputan Yang di-Pertuan Agong kepada Putin untuk melakukan lawatan negara ke Malaysia.

Sultan Ibrahim yang menaiki takhta Persekutuan pada 31 Jan 2024 telah melakukan tiga lawatan ke Rusia atas jemputan Putin.

Baginda melakukan lawatan negara sulung ke Rusia pada Ogos 2025, diikuti lawatan khas ke Saint Petersburg pada Januari 2026.

Pada Mei tahun ini, baginda berlepas ke Moscow menjelang sambutan Hari Kemenangan Rusia pada 9 Mei.

-- BERNAMA