KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin.
Kontrak September 2026 meningkat satu mata kepada 1,687.0, kontrak Oktober 2026 naik 1.5 mata kepada 1,686.5, kontrak Disember 2026 menokok dua mata kepada 1,692.50, manakala kontrak Mac 2027 menambah 2.5 mata kepada 1,677.0.
Jumlah dagangan susut kepada 4,112 lot daripada 4,745 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 42,025 kontrak daripada 43,322 kontrak sebelum ini.
Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 6.69 mata atau 0.39 peratus kepada 1,714.79 berbanding paras penutup Jumaat pada 1,708.10.
-- BERNAMA