Am 07/09/2026 05:27 PM

Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi, SMR 20 Capai Paras Tertinggi 2026

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi, SMR 20 Capai Paras Tertinggi 2026

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Pasaran getah ditutup lebih tinggi hari ini, dengan Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) mencapai paras tertinggi baharu tahun ini, di tengah-tengah kebimbangan mengenai bekalan di Thailand susulan hujan lebat yang berpanjangan. 

Peniaga berkata jangkaan permintaan yang lebih kukuh dan risiko pengeluaran berkaitan El Niño menyokong sentimen, manakala dasar monetari Amerika Syarikat (AS) yang lebih ketat mengehadkan keuntungan. 

“Risiko El Niño menyediakan sokongan tambahan, memandangkan fenomena cuaca dijangka memuncak antara September dan November, sekali gus meningkat lagi pemotongan pengeluaran,” katanya kepada Bernama. 

Pada 3 petang, harga SMR 20 meningkat 27 sen kepada 985.5 sen sekilogram (kg), manakala lateks pukal menambah 10 sen kepada 700. 5 sen sekilogram. 

-- BERNAMA