Am 28/08/2026 09:32 PM

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini walaupun menunjukkan prestasi yang lemah di Bursa Komoditi AS (COMEX).

Pada penutup, kontrak bulan semerta Ogos 2026 meningkat kepada US$4,602.0 setiap auns troy daripada US$4,595.90 pada Khamis dan September 2026 naik kepada US$4,619.30 daripada US$4,613.20.

Oktober dan November 2026 melonjak kepada US$4,635.50 setiap auns troy daripada US$4,629.40, manakala Disember 2026 serta Februari 2027 menokok kepada US$4,643.30 daripada US$4,637.20.

Jumlah dagangan merosot kepada 347 lot berbanding 620 lot yang dicatatkan semalam, manakala kepentingan terbuka menguncup kepada 415 kontrak daripada 688 kontrak sebelumnya.

Berdasarkan penetapan tengah hari, 27 Ogos 2026 di London Bullion Market Association, emas fizikal ditetapkan pada US$4,568.95 setiap auns troy.

-- BERNAMA