Am 26/08/2026 10:21 AM

Niaga Hadapan FBM KLCI Diniagakan Tinggi Dalam Dagangan Awal

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Niaga Hadapan FBM KLCI Diniagakan Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Rabu.

Pada 9.30 pagi, kontrak Ogos 2026 meningkat enam mata kepada 1,745.0, September 2026 naik 6.5 mata kepada 1,727.0, Disember 2026 menokok tujuh mata kepada 1,727.5 dan Mac 2027 naik 5.5 mata kepada 1,708.5.

Jumlah dagangan sebanyak 24,001 manakala kepentingan terbuka berjumlah 67,189 kontrak.

Pada 9.50 pagi, FBM KLCI menokok 6.62 mata kepada 1,742.95 daripada 1,736.33 semasa ditutup pada Isnin. Pasaran ditutup pada Selasa sempena sambutan Maulidur Rasul. 

-- BERNAMA