Dunia 22/08/2026 12:13 PM

Tiga Pemain Argentina Digantung Susulan Pergaduhan Pada Perlawanan Akhir Piala Dunia

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Tiga Pemain Argentina Digantung Susulan Pergaduhan Pada Perlawanan Akhir Piala Dunia
Soccer Football - Copa America 2024 - Final - Argentina v Colombia - Hard Rock Stadium, Miami, Florida, United States - July 15, 2024 Argentina's Lionel Messi lifts the trophy as he celebrates with teammates after winning Copa America 2024 REUTERS/Agustin Marcarian TPX IMAGES OF THE DAY

LONDON, 21 Ogos (Bernama-PA Media/dpa) -- Tiga pemain Argentina digantung berikutan penglibatan mereka dalam pergaduhan pada penghujung perlawanan akhir Piala Dunia bulan lepas menentang Sepanyol, manakala pasukan itu turut didenda susulan tindakan mempamerkan kain rentang Kepulauan Falkland selepas kemenangan separuh akhir mereka ke atas England, lapor PA Media/dpa.

Pemain tengah Leandro Paredes menerima hukuman paling berat, iaitu gantung 10 perlawanan dan denda US$90,000 daripada Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), manakala pemain pertahanan Nahuel Molina dikenakan penggantungan tujuh perlawanan dan didenda dengan jumlah yang sama.

Thiago Almada pula digantung satu perlawanan dan didenda US$30,000 kerana kelakuan tidak bersemangat kesukanan, manakala Penolong Jurulatih Argentina Roberto Ayala digantung tiga perlawanan dan didenda dengan jumlah yang sama.

Pemain Sepanyol, Gavi, turut dikenakan penggantungan satu perlawanan dan denda US$30,000 atas kelakuan tidak bersemangat sukan.

Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) didenda US$321,000 atas beberapa pelanggaran, termasuk tindakan mempamerkan kain rentang tanpa kebenaran.

-- BERNAMA-PA MEDIA/dpa