Am 19/08/2026 04:09 PM

Hospital Sungai Bakap Cari Waris M. Balakrishnan

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Hospital Sungai Bakap Cari Waris M. Balakrishnan
Kredit : Hospital Sungai Bakap

NIBONG TEBAL, 19 Ogos (Bernama) -- Hospital Sungai Bakap di sini mencari waris kepada M. Balakrishnan yang meninggal dunia pada 10 Ogos dan mayat belum dituntut sehingga sekarang.

Hospital itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan Balakrishnan, 29, yang dipercayai gelandangan meninggal dunia pada 6.53 petang akibat sepsis teruk dengan kegagalan pelbagai organ selepas menjalani rawatan dari Mei.

“Pesakit dipindahkan dari Hospital Bukit Mertajam ke hospital ini pada 27 Mei sementara menunggu penempatan di pusat jagaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Sepanjang di wad, tiada waris atau kenalan hadir melawatnya dan tiada maklumat tambahan berkaitan keluarga pesakit diperoleh,” menurut kenyataan itu.

Pihak hospital memaklumkan semakan di Jabatan Pendaftaran Negara menemukan alamat terakhir di Jalan Sungai Buloh, Taman Segar, Kampung Baru Subang, Selangor namun polis mendapati rumah itu didiami keluarga yang tidak mengenali waris mendiang.

Orang ramai yang mengenali waris Balakrishnan boleh menyalurkan maklumat itu kepada pihak hospital.

-- BERNAMA