Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, walaupun dolar Amerika Syarikat (AS) susut menjelang pengumuman minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS lewat malam ini.
Ahli strategi global Quintex Intel Stephen Innes berkata kepada Bernama bahawa para peniaga akan meneliti minit mesyuarat FOMC bagi mendapatkan petunjuk seterusnya berhubung pendirian Rizab Persekutuan AS terhadap dasar monetari.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2026 susut kepada US$4,360.0 setiap auns troy daripada US$4,393.70 setiap auns troy pada Selasa, manakala September 2026 merosot kepada US$4,376.60 setiap auns troy daripada US$4,410.30 setiap auns troy sebelumnya.
Kontrak Oktober dan November 2026 masing-masing susut kepada US$4,392.70 setiap auns troy daripada US$4,426.40 setiap auns troy semalam, manakala Disember 2026 dan Februari 2027 turun kepada US$4,400.50 setiap auns troy daripada US$4,434.20 sebelumnya.
Jumlah dagangan meningkat kepada 327 lot daripada 182 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 413 kontrak daripada 256 kontrak sebelumnya.
Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,403.50 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 18 Ogos, 2026.
-- BERNAMA