KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Lotte Chemical Titan Holding Bhd hari ini menjelaskan bahawa syarikat induk Korea Selatannya, Lotte Chemical Corporation (LCC), sedang mempertimbangkan pelbagai langkah strategik berhubung syarikat itu, tanpa sebarang keputusan dibuat setakat ini.
Lotte Chemical Titan melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia menjelaskan perkara itu berikutan laporan di Korea Economic Daily bertajuk "Lotte Resumes Sale of Malaysian, Indonesia Petrochemicals Assets." yang diterbitkan pada 17 Ogos 2026 dan "Korean Parent to Dispose Malaysia Listed Lotte Chemical Titan," yang diterbitkan oleh The Edge semalam.
Lotte Chemical Titan berkata terdapat laporan yang serupa oleh media lain mengenai cadangan penjualan kepentingan LCC dalam syarikat itu.
Syarikat itu akan membuat pengumuman yang diperlukan seperti yang diperlukan di bawah Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama sekiranya terdapat sebarang perkembangan lanjut.
-- BERNAMA