Am 19/08/2026 02:14 PM

Reformasi AUKU Mesti Memperkukuh Kebebasan Akademik, Autonomi Dan Akauntabiliti Universiti

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menyambut baik pengumuman YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa kerajaan akan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU). IKIM berpandangan bahawa reformasi ini perlu menghasilkan kerangka baharu yang memperkukuh kebebasan akademik, autonomi institusi dan hak mahasiswa, di samping memastikan universiti kekal berintegriti dan bertanggungjawab kepada masyarakat serta negara.

Kerangka baharu wajar dirangka secara inklusif dengan penglibatan mahasiswa, ahli akademik, pengurusan universiti, pakar perundangan, masyarakat sivil, industri dan kerajaan. Kebebasan akademik perlu dipelihara berlandaskan integriti ilmu, kedaulatan undang undang dan kepentingan awam, manakala universiti terus menjadi ruang bagi penyelidikan, pertanyaan, kritikan dan perbezaan pandangan secara bertanggungjawab.