Am 19/08/2026 04:57 PM

Tujuh Kawasan Di Sarawak Catat IPU Tidak Sihat Petang Ini

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Tujuh Kawasan Di Sarawak Catat IPU Tidak Sihat Petang Ini

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Tujuh kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat akibat jerebu rentas sempadan setakat 4 petang ini.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Serian merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 165, diikuti Sri Aman (161), Kuching (160), Mukah (154), Samarahan (135), Bintulu (130) dan Sibu (129).

Sementara itu, sebanyak 55 kawasan di negeri itu merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana (51 hingga 100) manakala enam kawasan lagi mencatatkan tahap kualiti udara baik (bawah 50).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 berbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

-- BERNAMA