Am 19/08/2026 10:28 AM

Niaga Hadapan FBM KLCI Kebanyakannya Tinggi Dalam Dagangan Awal

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Niaga Hadapan FBM KLCI Kebanyakannya Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka kebanyakannya tinggi pada Rabu.

Pada 9.30 pagi, kontrak September 2026 dan Ogos 2026 masing-masing meningkat satu mata kepada 1,725.5 dan 1,705.0 manakala Mac 2027 menambah 1.5 mata kepada 1,688.0 dan Disember 2026 berada pada 1,705.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,845 manakala kepentingan terbuka berjumlah 39,202 kontrak.

Pada 9.48 pagi, FBM KLCI susut 2.21 mata kepada 1,731.24 daripada 1,733.36 semasa ditutup pada Selasa.

-- BERNAMA