KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Semenanjung hingga 9 malam ini.
MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat ialah seluruh Perlis dan beberapa daerah di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan dan Pendang.
Kawasan lain turut terjejas ialah Perak iaitu di Kuala Kangsar, Hulu Perak, Selama, Larut Matang dan Kerian serta Kelantan melibatkan Tanah Merah, Machang, Pasir Mas, Kota Bharu dan Tumpat.
Di Pahang, kawasan turut terjejas ialah Maran, Rompin, Pekan dan Kuantan manakala di Johor membabitkan Johor Bahru.
-- BERNAMA