MOSCOW, 18 Ogos (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Dua gempa bumi masing-masing bermagnitud 5.1 dan 5.5 melanda berhampiran Pulau Sumbawa, Indonesia pada Selasa, menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG), lapor Sputnik/RIA Novosti.
Gempa bumi pertama bermagnitud 5.1 berlaku pada 03.06 GMT, 151 kilometer ke barat laut wilayah Nusa Tenggara Barat di Sumbawa, manakala gempa bumi kedua bermagnitud 5.5 berlaku pada 04.11 GMT, juga tidak jauh dari pulau itu, menurut BMKG.
Gempa bumi pertama berlaku pada kedalaman 491 kilometer, manakala gempa bumi kedua pada kedalaman 10 kilometer.
BMKG memaklumkan tiada ancaman tsunami susulan kedua-dua gempa bumi itu.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI