Dunia 18/08/2026 10:22 PM

Tiada Rundingan Dengan Iran Sedang Berlangsung Atau Dijadualkan - Trump

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Tiada Rundingan Dengan Iran Sedang Berlangsung Atau Dijadualkan - Trump
Presiden AS Donald Trump Foto: REUTERS

ISTANBUL, 18 Ogos (Bernama-Anadolu) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menegaskan pada Selasa bahawa tiada sebarang rundingan dengan Iran sedang berlangsung atau dijadualkan, lapor Anadolu Ajansi.

Beliau berkata Selat Hormuz kekal terbuka di bawah sekatan tentera laut oleh Washington.

"Tiada rundingan atau perbincangan yang sedang berlaku atau dijadualkan dengan Republik Islam Iran," tulis Trump menerusi platform Truth Social miliknya.

"Sekatan Tentera Laut kekal berkuat kuasa sepenuhnya. Selat Hormuz dibuka dan beroperasi. Semua periuk api di air telah dialihkan atau diletupkan," kata beliau.

-- BERNAMA-ANADOLU