Am 18/08/2026 05:17 PM

Polis Sahkan Mayat Wanita Dalam Beg Di Sungai Perak Warga Asing

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Polis Sahkan Mayat Wanita Dalam Beg Di Sungai Perak Warga Asing

IPOH, 18 Ogos (Bernama) -- Mayat wanita yang ditemukan dalam beg pakaian di Sungai Perak berhampiran jeti Lembah Kuala Kangsar, Jumaat lepas dipercayai warga asing.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Heisham Harun berkata pihaknya sudah menghantar cap jari untuk pengesahan identiti namun masih belum memperoleh maklumat sebenar mangsa.

“Bukan warga tempatan, sebaliknya warga asing. Identitinya masih belum dikenal pasti,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 

Pada Sabtu lepas, polis mengesahkan mayat yang ditemukan dalam beg pakaian di lokasi berkenaan adalah seorang wanita berusia lingkungan 30-an.

Polis menerima panggilan daripada seorang lelaki tempatan pada 3.12 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat di sungai berkenaan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Taiping untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

-- BERNAMA