Am 18/08/2026 06:18 PM

Kementerian Perpaduan Negara Laksana 11 Inisiatif Sempena HKHM 2026

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Kementerian Perpaduan Negara Laksana 11 Inisiatif Sempena HKHM 2026
Kredit: FB Aaron Ago Dagang

PUTRAJAYA, 18 Ogos (Bernama) -- Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan melaksanakan  pelbagai program kenegaraan, perpaduan, sejarah dan warisan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan memperkukuh jati diri rakyat sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026.

Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang berkata ia merangkumi 11 inisiatif termasuk Gerak Integrasi Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2026, Sambutan Anak Merdeka Malaysia, Pameran Kemerdekaan, Program Mengenang Tun Abdul Razak, Pameran Pesta Bola Merdeka, Bermalam di Muzium dan Pidato Rukun Negara.

"Pelaksanaan program ini selari dengan aspirasi pembinaan negara bangsa yang menekankan pengukuhan identiti nasional, rasa kebersamaan dan kecintaan terhadap negara tanpa menafikan kepelbagaian kaum, agama, budaya dan wilayah.

"KPN kekal komited untuk memperkukuh perpaduan, menyemai semangat patriotisme dan memastikan penghayatan terhadap sejarah, warisan serta Rukun Negara terus menjadi asas dalam membina Malaysia yang lebih bersatu, harmoni dan sejahtera," katanya dalam kenyataan hari ini.

Maklumat lanjut mengenai kesemua inisiatif berkenaan boleh didapati melalui https://www.facebook.com/share/p/19QvRb3Rqs/

-- BERNAMA