Am 18/08/2026 03:15 PM

Gempa Bumi Sederhana Landa Selatan Sumatera - MetMalaysia

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Gempa Bumi Sederhana Landa Selatan Sumatera - MetMalaysia
Kredit: Fb Malaysian Meteorological Department

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.8 dikesan berlaku di Selatan Sumatera, Indonesia pada 2.02 petang tadi. 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan gempa bumi itu berpusat di koordinat 0.8 darjah selatan dan 98.3 darjah timur dengan kedalaman 44 kilometer (km) pada jarak 102 km barat laut dari Siberut, Indonesia.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

-- BERNAMA