Am 17/08/2026 07:16 PM

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin.

Kontrak Ogos 2026, September 2026 dan Disember 2026 turun 0.5 mata masing-masing kepada 1,725.5, 1,704.5 dan 1,706.0, manakala Mac 2027 susut empat mata kepada 1,685.0.

Jumlah dagangan menyusut kepada 4,760 lot daripada 5,382 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 40,647 kontrak daripada 41,862 kontrak.

Pada 5 petang, FBM KLCI turun 1.50 mata kepada 1,725.89 daripada paras penutup 1,727.39 Jumaat minggu lepas.

-- BERNAMA