Dunia 16/08/2026 10:35 PM

Laporan Kerosakan Akibat Hujan Lebat Di Chiba Meningkat, Angka Korban Kekal 10

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Laporan Kerosakan Akibat Hujan Lebat Di Chiba Meningkat, Angka Korban Kekal 10
Banjir selepas hujan lebat di Oamishirasato, Wilayah Chiba Jepun, 14 Ogos, 2026. Kyodo/via REUTERS

CHIBA (Jepun), 16 Ogos (Bernama-Kyodo) -- Laporan kerosakan akibat banjir terus meningkat tiga hari selepas hujan lebat melanda Wilayah Chiba di timur Tokyo, dengan kerajaan wilayah memaklumkan pada Ahad bahawa kira-kira 1,300 rumah dinaiki air, 10 orang maut dan seorang masih hilang, lapor Kyodo News.

Laporan mengenai rumah yang dinaiki air akibat hujan luar biasa dari petang Khamis hingga pagi Jumaat meningkat berbanding kira-kira 1,000 yang diumumkan kerajaan tempatan sehari sebelumnya.

Pihak berkuasa tempatan terus berusaha mengenal pasti tahap kerosakan dan memaklumkan kemungkinan lebih banyak rumah terjejas akibat bencana itu.

Beberapa jalan raya di wilayah berkenaan masih dipenuhi kenderaan yang ditinggalkan berikutan senarai menunggu yang panjang untuk mendapatkan perkhidmatan tunda.

Menurut pihak berkuasa tempatan, lebih 1,200 kenderaan ditinggalkan di jalan raya pada satu ketika.

-- BERNAMA-KYODO