Dunia 16/08/2026 02:21 PM

Seorang Maut, Empat Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Taman Kentucky

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Seorang Maut, Empat Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Taman Kentucky

MOSCOW, 16 Ogos (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Seorang maut manakala empat lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah taman di Lexington, Kentucky, menurut Gabenor negeri itu Andy Beshear, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Stesen penyiaran LEX18 memetik Ketua Polis Lexington Lawrence Weathers sebagai berkata lima orang cedera dalam kejadian itu, termasuk dua kanak-kanak berusia empat dan 14 tahun. Seorang daripada mangsa kemudian meninggal dunia di hospital.

Polis berkata ketika ini tiada ancaman terhadap penduduk, namun tidak menyatakan sama ada suspek telah ditahan.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI