Am 15/08/2026 08:54 PM

Great Eastern Takaful Lancar i-Great Mega Plus, Tawar Perlindungan Dan Perancangan Legasi

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Great Eastern Takaful Lancar i-Great Mega Plus, Tawar Perlindungan Dan Perancangan Legasi
Kredit: Great Eastern Takaful Berhad (GETB)

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) --  Great Eastern Takaful Berhad (GETB) hari ini melancarkan i-Great Mega Plus, pelan takaful keluarga dan perlindungan bagi membantu rakyat Malaysia memperkukuh kewangan mereka sambil membina legasi bermakna untuk generasi akan datang.

Berpandukan proposisi produk Where Protection Meets Legacy, i-Great Mega Plus menawarkan penyelesaian komprehensif yang menggabungkan perlindungan, simpanan, pengumpulan kekayaan dan perancangan legasi dalam satu pelan. 

Wakil Lantikan Great Eastern Takaful Jasveen Marne berkata perancangan kewangan seharusnya bukan hanya tertumpu kepada perlindungan keperluan semasa tetapi turut memperkasakan individu dan keluarga untuk membina, memelihara serta mewariskan legasi yang bermakna.

“i-Great Mega Plus telah direka khas bagi memenuhi aspirasi ini dengan menggabungkan perlindungan yang menyeluruh.

“Di Great Eastern Takaful, kami percaya perancangan kewangan harus melangkaui perlindungan terhadap keperluan kini, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Pemasaran Great Eastern Takaful Rashida Mior Ahmad Darwish berkata pelan tersebut turut menyediakan pilihan wakaf dan hibah bersyarat bagi membantu peserta dalam perancangan pemindahan harta serta perlindungan kewangan.

“Pelan ini membolehkan peserta mewakafkan sebahagian manfaat kematian yang telah dipersetujui kepada institusi wakaf yang dilantik, menamakan penerima manfaat menerusi hibah bersyarat, atau kedua-duanya sekali.

“Ia turut membolehkan peserta menyumbang kepada tujuan amal, sekali gus memastikan nilai dan sumbangan mereka terus memberi manfaat kepada generasi akan datang,” katanya.

i-Great Mega Plus menawarkan jumlah perlindungan asas minimum RM300,000 serta peluang membina nilai jangka panjang menerusi dana berkaitan pelaburan yang diuruskan secara profesional.

Pelan itu turut menyediakan manfaat kematangan, manfaat kesetiaan yang dikreditkan setiap lima tahun sepanjang tempoh pembayaran sumbangan serta manfaat kematian akibat kemalangan hingga 300 peratus daripada Jumlah Perlindungan Asas.

Great Eastern Takaful turut memperkenalkan Kempen Emas Vaganza yang berlangsung hingga 30 Sept ini yang menawarkan peluang kepada pelanggan untuk menerima emas 999.99, melambangkan jaminan berpanjangan yang boleh diberikan oleh emas dan takaful ketika berdepan ketidaktentuan hidup.

“Mereka yang melanggan mana-mana daripada enam pelan terpilih sepanjang tempoh kempen berpeluang menerima jongkong emas Habib Jewels sehingga 10 gram, sekali gus menjadikan perjalanan mereka ke arah jaminan kewangan yang lebih kukuh lebih bermakna dan bermanfaat,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA