KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Drive Fit Sdn Bhd diiktiraf oleh Asia Records atas penghasilan Filem Seramik dengan Prestasi Penyekatan Haba Tertinggi di Asia bagi produk Nano Zirconia Ceramic Max HD.
Syarikat itu menjelaskan pengiktirafan tersebut menyerlahkan penggunaan teknologi berasaskan zirkonia yang menetapkan penanda aras baharu bagi industri filem tingkap automotif di Asia.
“Teras kepada Nano Zirconia Ceramic Max HD adalah penggunaan nanozarah zirkonium dioksida (ZrO₂), yang direka untuk memberikan kekonduksian haba yang rendah serta penyebaran haba yang pantas.
“Formulasi termaju ini membantu mengurangkan pemindahan haba dari luar ke dalam kabin kenderaan, sekali gus mewujudkan persekitaran pemanduan yang lebih sejuk dan selesa,” menurut Drive Fit dalam kenyataan hari ini.
Drive Fit memaklumkan pelaburan berterusan pihaknya dalam penyelidikan, teknologi bahan, pembuatan berkejituan tinggi dan kawalan kualiti telah menyokong pembangunan penyelesaian perlindungan automotif oleh pihaknya.
Majlis penyampaian Asia Records diadakan di Puchong, Selangor pada 7 Ogos lepas dan syarikat turut melakukan demonstrasi secara langsung bagi mempamerkan keupayaan penyekatan haba teknologi seramik zirkonianya.
Pengarah Jualan Drive Fit, Simon Chin berkata pengiktirafan daripada Asia Records itu membuktikan komitmen pihaknya dalam memajukan teknologi seramik zirkonia dan menawarkan penyelesaian perlindungan automotif berprestasi tinggi.
“Kami amat berbesar hati menerima pengiktirafan daripada Asia Records. Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen kami dalam memajukan teknologi seramik zirkonia dan memberikan prestasi penyekatan haba yang luar biasa.
“Pencapaian ini mendorong kami untuk terus membangunkan penyelesaian perlindungan automotif yang inovatif untuk pelanggan di seluruh Asia,” katanya.
Drive Fit yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam industri, kini mempunyai lebih 10,000 pelanggan aktif di lebih 15 negara.
Layari www.drivefit.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Drive Fit dan penyelesaian perlindungan automotifnya.
-- BERNAMA