Am 14/08/2026 09:18 PM

Beg Pakaian Berisi Mayat Ditemukan Dalam Sungai Di Kuala Kangsar

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Beg Pakaian Berisi Mayat Ditemukan Dalam Sungai Di Kuala Kangsar
Satu mayat dalam beg pakaian ditemukan di dalam sungai di Jeti Dataran Lembah dekat Kuala Kangsar petang tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 4 petang tadi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar bergegas ke lokasi kejadian. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA KANGSAR, 14 Ogos (Bernama) -- Satu mayat ditemukan di dalam beg pakaian di sungai berhampiran Jeti Dataran Lembah, dekat Kuala Kangsar, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar bergegas ke lokasi kejadian.

"Setibanya jentera di tempat kejadian, terdapat satu mayat di tengah sungai. Bagaimanapun, pihak bomba perlu menunggu sehingga pasukan forensik polis selesai membuat siasatan," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pasukan bomba membantu dengan membawa mayat berkenaan dari tengah sungai ke tebing untuk membolehkan siasatan polis dijalankan. 

Sabarodzi berkata sehingga kini, pihaknya masih menjalankan pemantauan di sekitar lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Heisham Harun ketika dihubungi berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung penemuan mayat berkenaan.

-- BERNAMA