Dunia 14/08/2026 02:24 PM

Sesi Tayangan Filem "Reel China" Diadakan Di Kyrgyzstan

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Sesi Tayangan Filem
Kredit: Kumpulan Media China (CMG)

BISHKEK, 14 Ogos (Bernama-CMG) -- Sesi tayangan filem China di Kyrgyzstan dilancarkan dalam satu majlis yang berlangsung di Panggung Ala-Too di sini, pada Rabu waktu tempatan.

Majlis pelancaran dihadiri lebih 300 tokoh kebudayaan, pengamal media, serta wakil pelajar tempatan dan warga China di Kyrgyzstan.

Sesi tayangan filem bertajuk "Reel China", kali ini akan menyajikan filem-filem unggul dari negara tembok besar itu kepada penonton tempatan, antaranya "Shen Zhou 13", "Pegasus 3", "Blades of the Guardians", "Happiness Railway" dan lain-lain.

Program anjuran Kumpulan Media China (CMG) itu merupakan antara aktiviti pertukaran kebudayaan yang dilaksanakan susulan persefahaman yang dicapai pemimpin China dan Kyrgyzstan.

Menteri Penasihat Kedutaan China ke Kyrgyzstan, Li Hua berkata kedua-dua negara telah lama menjalin hubungan persahabatan yang kukuh.

Pada tahun ini, Kyrgyzstan memegang jawatan sebagai pengerusi Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), dan akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak organisasi serantau ini.

"Sesi tayangan filem kali ini diyakini akan memainkan peranan positif untuk memperkukuh interaksi dan pertukaran dalam bidang perfileman dan televisyen antara negara-negara SCO, sekali gus menjadi jambatan bagi meningkatkan persefahaman dan memperkukuh persahabatan antara rakyat China dengan Kyrgyzstan," kata Li.

-- BERNAMA-CMG