Dunia 10/08/2026 02:02 PM

Trump Umum Pelantikan Will Scharf Sebagai Penasihat Undang-Undang Rumah Putih

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Trump Umum Pelantikan Will Scharf Sebagai Penasihat Undang-Undang Rumah Putih
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memandang ke arah Timbalan Ketua Kakitangan Rumah Putih Stephen Miller dan Setiausaha Kakitangan Rumah Putih Will Scharf semasa satu acara menandatangani perintah eksekutif berkaitan kerakyatan berdasarkan hak kelahiran dan industri polisilikon, di Pejabat Oval, Rumah Putih, Washington, D.C., Amerika Syarikat, 6 Ogos 2026. REUTERS/Evelyn Hockstein

WASHINGTON, 10 Ogos (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan pelantikan Setiausaha Kakitangan Rumah Putih Will Scharf sebagai Penasihat Undang-Undang Rumah Putih, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Dengan sukacita, saya mengumumkan bahawa berkuat kuasa 1 September, Will Scharf akan menjadi Penolong Presiden dan Penasihat Undang-Undang Rumah Putih, menggantikan David Warrington yang telah melaksanakan tugas dengan cemerlang sebagai Penasihat Undang-Undang Rumah Putih dan sebelum itu dalam kempen pilihan raya presiden saya.

“David akan beralih ke sektor swasta,” kata Trump menerusi Truth Social.

Tanggungjawab Penasihat Undang-Undang Rumah Putih termasuk memberikan nasihat kepada Presiden AS dan pentadbirannya mengenai perkara berkaitan undang-undang, termasuk penyediaan perintah eksekutif, arahan serta keputusan presiden yang lain.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI