Dunia 05/08/2026 10:38 PM

Menteri Luar Terima Kunjungan Hormat Penyelaras Residen PBB

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Menteri Luar Terima Kunjungan Hormat Penyelaras Residen PBB
--kredit FB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menerima kunjungan hormat Penyelaras Residen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNRC) bagi Malaysia yang baharu, Nikolas Myint di Wisma Putra pada Rabu.

Menerusi catatan di Facebook, Mohamad berkata pertemuan itu memberi peluang kepada kedua-duanya untuk saling bertukar pandangan mengenai kerjasama antara Malaysia dan PBB.

“Malaysia menghargai peranan PBB dalam menangani pelbagai cabaran global dan akan terus bekerjasama rapat dengan UNRC serta agensi-agensi PBB di negara ini demi manfaat bersama, selaras dengan aspirasi pembangunan negara dan kesejahteraan sejagat,” katanya.

Myint telah dilantik sebagai UNRC bagi Malaysia, Singapura dan Brunei oleh Setiausaha Agung PBB pada 31 Mei 2026.

-- BERNAMA