KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) memperkukuh agenda transformasi produktiviti perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sektor pembuatan menerusi Projek Demonstrasi Digital Kaizen, hasil kerjasama strategik bersama Asian Productivity Organization (APO) dan Japan Productivity Center (JPC).
Dibiayai melalui geran khas Kementerian Luar Negeri Jepun (MOFA Japan) yang disalurkan melalui APO, projek ini melibatkan dua syarikat terpilih, iaitu UEDA Plating (M) Sdn. Bhd. dan Sunchirin Industries (M) Sdn. Bhd., bagi mengaplikasikan konsep Digital Kaizen yang menggabungkan amalan penambahbaikan berterusan dengan teknologi seperti IoT, pemantauan data masa nyata dan analitik prestasi operasi.