Am 03/08/2026 10:22 PM

Syabas! Wira, Wirawati Malaysia Atas Prestasi Membanggakan - PM Anwar

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Syabas! Wira, Wirawati Malaysia Atas Prestasi Membanggakan - PM Anwar
Pemenang pingat emas kontinjen Malaysia di Sukan Komanwel Glasgow 2026. Barisan atas dari kiri: Mohamad Aniq Kasdan (Angkat Berat - Lelaki 60kg); Muhamad Aznil Bidin (Angkat Berat - Lelaki 65kg); Muhammad Hafizuddin Roslin (Angkat Berat - Lelaki 88kg) dan Muhammad Erry Hidayat (Angkat Berat - Lelaki 79kg), Barisan bawah dari kiri: Muhamad Syahmi Nor Ghazali (Angkat Berat - Lelaki 94kg); Datuk Abdul Latif Romly (Olahraga Para - Lompat Jauh Lelaki T20); Datuk Mohd Azizulhasni Awang (Berbasikal Trek - Keirin Lelaki) dan Amir Daniel Abdul Majeed (Judo - Lelaki 81kg).

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada seluruh kontinjen Malaysia atas semangat juang dan prestasi membanggakan yang dipamerkan pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Menerusi hantaran di Facebook malam ini, beliau turut merakamkan penghargaan kepada jurulatih, pegawai, pasukan sokongan serta seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan kejayaan kontinjen negara.

"Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh kontinjen Malaysia atas semangat juang yang luar biasa dan prestasi membanggakan yang dipamerkan pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.

"Terima kasih kepada jurulatih, pegawai, pasukan sokongan serta seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan kejayaan kontinjen negara. Syabas, wira dan wirawati Malaysia," katanya.

Malaysia menamatkan kempen pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 dengan pencapaian membanggakan apabila meraih lapan pingat emas, tiga perak dan lima gangsa, sekali gus menduduki tempat ke-10 keseluruhan.

— BERNAMA