KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, seiring dengan prestasi rendah di Bursa Komoditi New York (Comex).
Pada akhir dagangan, Ogos 2026 turun kepada US$4,067.70 setiap auns troy daripada US$4,067.90 Jumaat lepas, dan September 2026 berkurangan kepada US$4,079.80 setiap auns troy daripada US$4,080.
Oktober 2026, November 2026 dan Disember 2026 masing-masing berkurangan kepada US$4,092.80 setiap auns troy daripada US$4,110.50.
Jumlah dagangan susut kepada 116 lot daripada 291 lot pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka turun kepada 181 kontrak daripada 359 kontrak.
Emas fizikal ditetapkan pada US$4,026.60 setiap auns troy ketika penetapan petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 31 Julai, 2026.
-- BERNAMA