Dunia 31/07/2026 10:14 PM

Brussels Dakwa Temu Halang Siasatan EU

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Brussels Dakwa Temu Halang Siasatan EU

BRUSSELS, 31 Julai (Bernama-dpa) -- Suruhanjaya Eropah mendakwa gergasi peruncitan dalam talian Temu menghalang siasatan di bawah Peraturan Subsidi Asing Kesatuan Eropah (EU), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Dalam dakwaan yang dikeluarkan kepada umum pada Jumaat, suruhanjaya itu menyatakan bahawa Temu yang dimiliki syarikat China telah melanggar kewajipannya untuk bekerjasama secara aktif semasa pemeriksaan tanpa dimaklumkan terlebih dahulu di Ireland pada Disember 2025.

Suruhanjaya itu menjalankan pemeriksaan di lokasi berikutan bimbang Temu mungkin menerima subsidi asing yang memutarbelitkan pasaran dalaman EU, menurut satu kenyataan media. Pemeriksaan itu bertujuan mengumpul bukti.

Menurut suruhanjaya berkenaan, Temu gagal mematuhi permintaan untuk mendapatkan maklumat "mengenai organisasi dan pengurusan aktiviti Temu di EU serta alatan dan sistem IT yang digunakan syarikat untuk aktiviti mereka di EU, selain penyediaan buku serta rekod khusus mengenai aktiviti syarikat di EU."

Bagaimanapun, suruhanjaya itu menegaskan bahawa dakwaan yang dibangkitkan pada Jumaat tidak mengadili terlebih dahulu atau menjejaskan keputusan akhir siasatan subsidi asing EU itu.

--BERNAMA-dpa