Am 26/07/2026 09:00 PM

Banjir Di Melaka Pulih Sepenuhnya Malam Ini

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
Banjir Di Melaka Pulih Sepenuhnya Malam Ini

MELAKA, 26 Julai (Bernama) -- Banjir di Melaka pulih sepenuhnya malam ini selepas semua mangsa yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibenarkan pulang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan PPS Dewan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri di daerah Melaka Tengah ditutup pada 7.52 malam.

"Dua PPS di Jasin iaitu SK Serkam Darat dan SK Bukit Tembakau pula masing-masing ditutup pada 6 petang tadi," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA