PM Anwar Terima Kunjungan Hormat Yasushi Kudo
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Presiden The Genron NPO Yasushi Kudo bagi meneruskan perbincangan mengenai usaha memperkukuh Asia Leaders Roundtable sebagai wadah dialog strategik dalam mendepani pelbagai cabaran serantau dan global.
Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu juga bertujuan mempererat hubungan Malaysia dan Jepun.
“Saya turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Jepun atas layanan mesra sepanjang lawatan rasmi saya ke Jepun pada Jun lepas,” kata Anwar.
Selain itu, beliau berkata Malaysia amat menghargai Perkongsian Strategik Komprehensif dengan Jepun yang kekal sebagai antara rakan strategik dan ekonomi terpenting negara.
Pada masa sama, Anwar menghargai jemputan untuk menyampaikan mesej video sempena Tokyo Conference 2026 serta ucapan terima kasih kepada Kudo atas undangan bagi menghadiri Tokyo Conference 2027.
Perdana Menteri turut berharap hubungan erat kedua-dua negara serta kerjasama dengan The Genron NPO terus diperkukuh demi keamanan, kestabilan dan kemakmuran bersama.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Tentera Laut Singapura Lancar Kapal Perang Generasi Baharu Kedua
- DUN Sabah Lulus RUU Naik Gaji Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kepada RM2,000
- Ayob Khan Bersara Ahad Ini Selepas 35 Tahun Berkhidmat Dalam PDRM
- NTIS MOSTI Dinobat Juara Global E-Science Di Geneva
- Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Sejajar Dengan COMEX