Onn Hafiz Pertahan Kerusi DUN Machap
JOHOR BAHRU, 11 Julai (Bernama) -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Machap pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Berdasarkan keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya, Onn Hafiz memperoleh sebanyak 20,382 undi sekali gus menang dengan majoriti 15,375 undi.
Kemenangan itu menyaksikan beliau menewaskan pencabarnya, Nur Hafiz Roslan daripada Pakatan Harapan dalam pertembungan satu lawan satu.
Pada PRN Johor 2022, Onn Hafiz menang dengan majoriti 6,543 undi menewaskan calon Perikatan Nasional Azlisham Azahar, calon MUDA R. Sangaran dan calon PEJUANG Sharuddin Md Salleh.
Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Johor Ke-16, layari https://prn.bernama.com/johor.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Lelaki Hadapi 12 Tuduhan Rompak Bersenjata, Tipu
- 1.4 Juta Penduduk Gaza Dijangka Hadapi Ketidakjaminan Makanan Akut - IPC
- Glasgow 2026: Bonnie Sedia Pertahan Emas, Waspada Mark Swan
- Polis Tahan Lelaki Cuba Samun Van Keselamatan, Rampas Semula Senjata Api
- KL Midtown Lancar Menara Pejabat Mampan, Jangka Lebih Ramai Penyewa Pada Tahun Hadapan