Politik 11/07/2026 09:47 PM

PRN Johor: Pemimpin BN Berkumpul Di Bilik Gerakan Utama 

BERNAMA Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Kongsi:
PRN Johor: Pemimpin BN Berkumpul Di Bilik Gerakan Utama 
Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bersama Calon juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi (kanan) ketika sidang media keputusan tidak rasmi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Bangunan Perhubungan Umno Negeri Johor hari ini. Turut hadir Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (kiri).

JOHOR BAHRU, 11 Julai (Bernama) -- Pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) mula berkumpul di bilik gerakan utama di Bangunan Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor malam ini bagi mengikuti perkembangan dan keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Antara pemimpin utama yang kelihatan ialah Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir. 

Sementara itu, Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dilihat berada di bilik gerakan utama Pakatan Harapan (PH) di Pulai Springs Resort. 

Dzulkefly yang juga Menteri Kesihatan bersama-sama jentera dan petugas parti dilihat tenang memantau pergerakan keputusan yang mula masuk secara berperingkat dari seluruh pusat penjumlahan undi.

Bagi mendapatkan berita terkini PRN Johor ke-16, layari https://prn.bernama.com/johor

-- BERNAMA