PRN Johor: Lebih 67 Peratus Keluar Undi Setakat 5 Petang
JOHOR BAHRU, 11 Julai (Bernama) -- Sebanyak 67.44 peratus atau 1,809,185 daripada lebih 2.6 juta pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, setakat 5 petang ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Medan mencatatkan peratus keluar mengundi tertinggi sebanyak 77.2 peratus, diikuti DUN Semarang (76.8 peratus) dan DUN Sedili (74.3 peratus).
Tiga DUN pula mencatatkan peratusan keluar mengundi terendah iaitu DUN Bekok sebanyak 58.9 peratus, DUN Stulang (60.5 peratus) dan DUN Perling (60.6 peratus).
Sebagai perbandingan, jumlah keluar mengundi bagi tempoh sama pada PRN Johor ke-15 ialah 53.13 peratus atau 1,367,909 daripada lebih 2.57 pengundi.
Sebanyak 1,076 pusat mengundi di seluruh negeri akan ditutup tepat 6 petang ini.
Bagi mendapatkan berita terkini PRN Johor ke-16, layari https://prn.bernama.com/johor.
-- BERNAMA
Berita terkini
- Guardian Lancar Kempen, Tingkat Kesedaran Perimenopaus Dalam Kalangan Wanita Malaysia
- 941 Aduan Internet Di Sabah Selesai, 11 Parlimen Lepasi 80 Peratus Liputan 5G
- Niaga Hadapan KLCI Ditutup Kebanyakannya Tinggi
- Pavilion REIT Catat Untung Bersih RM89.03 Juta, Hasil Sewaan Hotel Sokong Prestasi
- PM Anwar Terima Kunjungan Hormat Yasushi Kudo