Project B Lantik Bekas Pemain dan Eksekutif NBA Landry Fields sebagai Ketua Bola Keranjang Lelaki
SINGAPURA, 10 Julai (Bernama) -- Project B, pertandingan bola keranjang global berprofil tinggi yang dibangunkan untuk generasi atlet dan peminat akan datang, hari ini mengumumkan pelantikan Landry Fields sebagai Ketua Bola Keranjang Lelaki.
Berdasarkan asas yang telah dibina oleh Project B sejak awal menerusi barisan pemain wanita terbaik dari seluruh dunia, Fields akan bekerjasama dengan Ketua Pegawai Bola Keranjang, Alana Beard, untuk mengenal pasti bintang bertaraf superstar yang membentuk budaya serta mencerminkan nilai Project B di dalam dan di luar gelanggang, dan menggandingkan mereka dengan bintang global yang sedang meningkat naik bagi mewujudkan saluran bakat yang terus memperluas platform bola keranjang global bersepadu syarikat dengan pemain sebagai terasnya.
Berita terkini
- Anwar, Anutin Rasmi Pembukaan, Pengoperasian Laluan Hubungkan ICQS Bukit Kayu Hitam, CIQ Sadao
- PRN Johor: JPJ Diarah Saman Individu Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
- Pelarasan Terhadap OPR Bergantung Pada Data - Gabenor
- Ulang Tahun Ke-10, YSIJ Lengkapkan Misi Agihan 2,000 Bakul Makanan
- PRN Johor: Salur Aduan Bahan Kempen Dalam Talian Kepada MCMC - SPR