Sesi Dialog Politik Diharap Jadi “Turning Point” Budaya Politik Matang - Maszlee
JOHOR BAHRU, 7 Julai (Bernama) -- Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa Dr Maszlee Malik berharap sesi dialog politik yang disertainya dapat menjadi titik tolak kepada pembentukan budaya politik yang lebih matang dalam kalangan masyarakat.
Maszlee berkata beliau berpuas hati dengan penganjuran program berkenaan yang disifatkan sebagai medium terbaik untuk mendidik rakyat membuat pilihan berdasarkan merit.
“Kita ingin menghidupkan budaya dialog dan debat politik bagi mematangkan rakyat supaya mereka lebih terbuka dalam memilih pemimpin berdasarkan hujah, fakta serta bukti, dan bukan sekadar sentimen atau emosi semata-mata,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Dialog PRN Johor di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Mengulas mengenai usaha kempen yang berbaki tiga hari, bekas Menteri Pendidikan itu berkata tumpuan utama jentera PH ketika ini adalah meningkatkan peratusan keluar mengundi dalam kalangan masyarakat, termasuk menggesa pengundi luar supaya pulang ke kawasan masing-masing.
Katanya jumlah keluar mengundi yang tinggi amat penting bagi memastikan kerajaan yang dibentuk selepas pilihan raya benar-benar memperoleh mandat yang sah dan kukuh daripada rakyat.
“Lagi ramai yang keluar mengundi, lagi baik kerana ia mencerminkan mandat dan kehendak sebenar rakyat,” katanya.
Program anjuran bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM), Astro Awani dan Sinar Harian itu berlangsung di Auditorium Permata Sari, Jabatan Penyiaran Negeri Johor.
Hari pengundian PRN Johor akan berlangsung pada 11 Julai ini, manakala pengundian awal berlangsung hari ini.
Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Johor ke-16, layari https://prn.bernama.com/johor.
-- BERNAMA
N41: PUTERI WANGSA - 128,723 pengundi
1. Nicholas Paul Vincent (Bersama)
2. Wang Wee Siong (Bebas/IND)
3. Dr Maszlee Malik (PH-PKR)
4. Rashifa Aljunied (MUDA)
5. Teow Chia Ling (BN-MCA)
(2022: Amira Aisya Abd Aziz: MUDA: Maj: 7,114)
Kata kunci
Berita terkini
- Bekalan Minyak Mentah Untuk Pengeluaran Perindustrian Masih Terkawal
- Kerajaan Pastikan Stok Petroleum Negara Cukup, Selamat Bagi Tempoh Julai-Disember 2026
- Anggota Tentera Maut Letupan Grenad Dinaikkan Pangkat Secara Anumerta
- Sesi Dialog Politik Diharap Jadi “Turning Point” Budaya Politik Matang - Maszlee
- PRN Johor: Manifesto PH Tawar Penyelesaian Holistik Tangani Kos Sara Hidup - Maszlee