07/07/2026 07:13 PM
Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, menjejaki prestasi pasaran tunai yang kurang memberangsangkan.
Pada akhir dagangan, Julai 2026 turun setengah mata kepada 1,685.0; Ogos 2026 berkurangan 2.5 mata kepada 1,684.50; September 2026 susut 2.0 mata kepada 1,665.0 dan Disember 2026 menguncup 1.5 mata kepada 1,667.0.
Jumlah dagangan turun kepada 4,503 lot daripada 4,673 lot semalam, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 33,657 kontrak daripada 33,394 kontrak.
Pada 5 petang, FBM KLCI susut 0.60 mata kepada 1,682.93 daripada 1,683.53 ketika ditutup pada Isnin.
-- BERNAMA
Berita terkini
- Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Selepas Menjejaki Kerugian COMEX
- Pelbagai Inisiatif Kerajaan Perkasa Pembangunan Komuniti FELDA
- Fahmi Hargai Komitmen Petugas Bernama Berikan Liputan Komprehensif Sepanjang PRN Johor
- Penyedia Platform Media Sosial Perlu Proaktif Kekang Maklumat Palsu PRN Johor - Fahmi
- PRN Johor: Kehadiran Anwar Bantu Kempen Dapat Sambutan Menggalakkan - Fahmi