30/06/2026 07:02 PM
Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Rendah
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah sejajar dengan prestasi pasaran tunai yang lebih perlahan.
Kontrak Jun 2026 susut tiga mata kepada 1,668.0, Julai 2026 berkurang 5.5 mata kepada 1,670.5, September 2026 merosot lima mata kepada 1,653.5, dan Disember 2026 turun 3.5 mata kepada 1,656.0.
Jumlah dagangan merosot kepada 12,448 lot daripada 30,793 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 42,022 kontrak daripada 62,025 kontrak semalam.
Pada 5 petang, FBM KLCI susut 1.85 mata kepada 1,664.06 berbanding 1,665.91 ketika ditutup pada Isnin.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Jepun Ambil Alih Semula Kawasan Perumahan Daripada Tentera AS
- Korea Selatan Tangguh Pelan Lancar Roket Angkasa Bahan Api Pepejal Atas Faktor Keselamatan
- MOTAC Gesa Pengusaha Bas Persiaran, Pelancongan Segera Kemuka Data Kos Diesel
- Kerajaan Susun Semula Pengurusan Pekerja Asing - Ahmad Zahid
- Ciri Keselamatan Pasport Ditambah Baik Secara Berkala Bagi Pastikan Selamat, Sukar Dipalsukan