Ahmad Zahid Ajak Pengundi Kenali Calon BN Menerusi Portal PRN Johor
JOHOR BAHRU, 29 Jun (Bernama) -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak seluruh pengundi dan rakyat Johor untuk mendapatkan maklumat tepat dan sahih sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menerusi laman web prnjohor.com
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata platform digital berkenaan membolehkan orang ramai mengenali calon BN di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN), manifesto, perkembangan kempen dan maklumat terkini berkaitan pilihan raya itu.
“Mari bersama-sama membuat pilihan berdasarkan fakta dan maklumat yang sahih. Insya-Allah semoga yang terbaik buat Johor Darul Ta'zim," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Bagi mendapatkan berita terkini tentang PRN Johor, sila layari https://prn.bernama.com/johor/.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Ahli Parlimen Gesa Langkah Lebih Tuntas Tangani Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak
- JKNS Perjelas Isu Perkhidmatan, Kemudahan Hospital Queen Elizabeth
- Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Kelemahan Pasaran COMEX
- TEC Lancar Pusat Latihan Qualcomm Academy, Sasar Latih 20,000 Individu Dalam AI Dan 5G
- 253 Individu Ditahan Dalam Ops Tapis Khas Di Terengganu