Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Tekanan Jualan
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis berikutan tekanan jualan dalam saham produk perindustrian dan perkhidmatan mengatasi keuntungan dalam sektor telekomunikasi, kata seorang penganalisis.
Pada 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.09 peratus atau 18.31 mata kepada 1,663.82, paras terendah harian, daripada 1,682.13 ketika ditutup pada Rabu.
Indeks petunjuk pasaran itu dibuka 2.32 mata lebih tinggi kepada 1,684.45, daripada 1,744.99 sesi dagangan awal.
Lingkungan pasaran adalah negatif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 623 berbanding 478, manakala 534 kaunter tidak berubah, 1,116 kaunter tidak diniagakan dan 40 yang lain digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 3.18 bilion unit bernilai RM2.89 bilion daripada 2.76 bilion unit bernilai RM2.42 bilion pada Rabu.
Pengarah Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata walaupun semua konstituen telekomunikasi dalam FBM KLCI ditutup dalam lingkungan positif, kemajuan mereka tidak mencukupi untuk mengimbangi kelemahan meluas dalam saham wajaran tinggi merentasi kaunter perindustrian dan perbankan.
Selain itu, saham perbankan kekal di bawah tekanan apabila pelabur terus menetapkan harga dalam persekitaran kadar faedah global yang lebih tinggi untuk jangka masa panjang susulan isyarat agresif daripada Bank Pusat Eropah, Bank Jepun dan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).
Prospek kadar dasar kekal tinggi telah mengurangkan jangkaan untuk pelonggaran monetari jangka pendek, mendorong pelabur untuk mengambil pendiria lebih berhati-hati terhadap sektor sensitif terhadap kadar faedah, katanya.
Mohd Sedek juga berkata sentimen pelabur kekal berhati-hati menjelang pengumuman Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) AS, ukuran inflasi pilihan Fed AS, lewat malam ini.
Beliau berkata data itu dijangka memberikan panduan lanjut mengenai trajektori dasar Fed AS, dengan bacaan lebih kukuh daripada jangkaan berkemungkinan akan mengukuhkan jangkaan bahawa kadar faedah akan kekal lebih tinggi untuk jangka masa lebih lama.
“Secara keseluruhan, sentimen pasaran dijangka kekal selektif apabila pelabur menilai data inflasi AS, selain daripada jangkaan dasar monetari global yang berubah-ubah.
“Walaupun putaran sektor mungkin terus menyokong kaunter defensif terpilih, ketidakpastian luaran berlanjutan, dijangka akan memastikan indeks penanda aras diniagakan secara berhati-hati dalam jangka masa terdekat,” katanya.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Press Metal susut 50 sen kepada RM7.79, Petronas Chemicals berkurangan 18 sen kepada RM3.92, MISC merosot 31 sen kepada RM7.79, Gamuda turun 11 sen kepada RM4.25, dan IHH Healthcare menguncup 16 sen kepada RM8.57.
Bagi saham aktif, Zetrix AI menambah 1.5 sen kepada 77 sen, AirAsia X was merosot 7.0 sen kepada RM1.23, Tanco turun setengah sen kepada 13.5 sen, manakala Dagang NeXchange dan VS Industry naik setengah sen masing-masing kepada 44.5 sen dan 20 sen.
Antara kaunter paling untung, MPI meningkat RM2.12 kepada RM49.00, F&N melonjak 78 sen kepada RM28.18, Vitrox menokok 50 sen kepada RM7.85, Kelington melonjak 40 sen kepada RM7.94, dan UMS Integration naik 33 sen kepada RM8.50.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 94.51 mata kepada 12,380.15, Indeks FBMT 100 turun 97.66 mata kepada 12,210.63, Indeks FBM Emas Syariah merosot 88.86 mata kepada 12,287.68, Indeks FBM Mid 70 Index melonjak 12.35 mata kepada 17,899.61 dan Indeks FBM ACE Index menambah 20.03 mata kepada 4,787.06.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 158.10 mata kepada 19,598.23, Indeks Tenaga susut 4.80 mata kepada 745.40, Indeks Perladangan kurang 131.92 mata kepada 8,848.27, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 3.87 mata kepada 180.79.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.65 bilion unit bernilai RM2.60 bilion daripada 1.40 bilion unit bernilai RM2.13 bilion pada Rabu.
Jumlah dagangan waran naik1.05 bilion unit bernilai RM116.27 juta berbanding 947.50 jiuta unit bernilai RM118.73 juta sebelum ini.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE pula melonjak kepada 473.76 juta unit bernilai RM174.83 juta daripada 411.17 juta unit bernilai RM168.90 juta.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 241.94 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (372.26 juta), pembinaan (104.56 juta), teknologi (326.86 juta), perkhidmatan kewangan (70.10 juta), hartanah (199.97 juta), perladangan (26.78 juta), amanah pelaburan hartanah (15.36 juta), dana tertutup (37,600), tenaga (82.42 juta), penjagaan kesihatan (95.35 juta), telekomunikasi dan media (53.50 juta), pengangkutan dan logistik (31.89 juta), utiliti (37.15 juta) serta amanah perniagaan (1.06 juta).
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Bekalan Bahan Api Di Rangkaian Stesen Petronas Kekal Stabil Hingga Ogos
- Advokasi Akta Kanak-kanak, Antibuli Dan Kesalahan Seksual Akan Dilaksana - Fadhlina
- Polis Tumpas Sindiket Penipuan Pelaburan Minyak Wangi
- Sepanyol Catat Lebih 200 Kematian Akibat Gelombang Haba Dalam Empat Hari
- Iraq Nafi Laporan Kemungkinan Keluar OPEC