25/06/2026 07:00 PM
Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan prestasi asas pasaran tunai.
Kontrak Jun 2026 susut 25.5 mata kepada 1,665.0, Julai 2026 berkurangan 27 mata kepada 1,667.0, September 2026 turun 26.5 mata kepada 1,648.0 manakala Disember 2026 susut 23 mata kepada 1,650.0.
Jumlah dagangan melonjak kepada 52,319 lot daaripada 14,824 lot semalam manakala kepentingan terbuka menokok kepada 84,593 kontrak daripada 45,677 kontrak, sebelumnya.
Pada 5 petang, indeks FBM KLCI turun 1.09 peratus atau 18.31 mata untuk ditutup pada paras 1,663.82 daripada 1,682.13 semalam.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- TLDM, APMM Berjaya Laksana Eksesais OSTEX WEST 2026 Dan SAMUDERA PERKASA 9/26
- Skim Insurans Baharu Tawar Perlindungan Lebih Luas Untuk Pekerja Domestik, Majikan - PAPA
- Perak Perkasa TVET Bantu Anak Muda Rebut Peluang Ekonomi Baharu - Saarani
- Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia, Pengasuh Ditahan Bantu Siasatan
- Malaysia, Kemboja Bincang Pelaksanaan MoU Pembangunan Informasi, Media