25/06/2026 10:24 AM
Niaga Hadapan Klci Dibuka Rendah
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Khamis, seiring dengan kadar asas pasaran tunai yang lemah.
Pada 9.35 pagi, kontrak Jun 2026 menurun 9.5 mata kepada 1,681.50, Julai 2026 merosot 11 mata kepada 1,683.00, September 2026 berkurangan 9.0 mata kepada 1,665.50 dan Disember 2026 menyusut 8.5 mata kepada 1,665.00.
Jumlah dagangan sebanyak 8,114 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 41,318 kontrak.
Pada 9.57 pagi, indeks petunjuk pasaran menurun 4.05 mata kepada 1,678.08 daripada 1,682.13 semasa ditutup pada Rabu.
-- BERNAMA