Ban Pecah, 32 Rumah Di Banting Dilanda Banjir
SHAH ALAM, 25 Jun (Bernama) -- Sebanyak 32 rumah di Taman Langat Utama 2, RTB Bukit Changgang di Banting terjejas akibat banjir selepas berlaku kejadian ban pecah kira-kira 800 meter dari kawasan perumahan berkenaan malam tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar memaklumkan kejadian berlaku kira-kira 11 malam dengan kebanyakan penghuni telah keluar dari kawasan itu.
Ashrul Riezal berkata bagaimanapun pihaknya menerima panggilan kecemasan 4.12 pagi sebelum enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting tiba di lokasi pada 4.35 pagi bagi menjalankan pemantauan dan operasi bantuan.
“Setakat ini, sebanyak 32 rumah terjejas dengan banjir yang melanda kawasan berkenaan. Pihak bomba turut menasihatkan penduduk yang masih berada di kawasan terlibat supaya segera berpindah ke lokasi lebih selamat sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Kata kunci
Berita terkini
- Niaga Hadapan Klci Dibuka Rendah
- Switzerland, Kanada Mara Ke Pusingan Kalah Mati Piala Dunia FIFA
- Bosnia Dan Herzegovina Tundukkan Qatar 3-1, Mara Ke Pusingan Seterusnya
- Ringgit Dibuka Tinggi Disokong Sentimen Pelabur Positif, Lonjakan FDI
- Pemegang Kad UNHCR Tidak Layak Miliki Lesen Memandu - JPJ Kelantan