23/06/2026 07:01 PM

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan pasaran tunai yang lebih lemah.

Kontrak Jun 2026, Julai 2026 dan September 2026 masing-masing turun 19.5 mata kepada 1,684.0, 1,686.0 serta 1,666.0, manakala Disember 2026 jatuh 18.0 mata kepada 1,668.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 11,480 lot berbanding 7,652 lot yang dicatatkan pada Isnin, manakala kepentingan terbuka melebar kepada 43,343 kontrak daripada 38,328 kontrak.

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 1.23 peratus atau 20.92 mata, untuk ditutup pada paras terendah hari ini iaitu 1,679.92 daripada 1,700.84 sebelumnya.

-- BERNAMA

 

 

Kata kunci