PM Anwar Menghadap Pemangku Sultan Johor Di Ibu Negara
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail di ibu negara.
Anwar dalam kenyataan berkata pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni itu memberikan ruang yang baik untuk bertukar-tukar pandangan dan membincangkan perkara berkaitan kebajikan serta kesejahteraan rakyat, khususnya di Johor.
“Kami turut membincangkan perkembangan semasa dan perancangan berterusan Kerajaan MADANI dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negeri,” kata beliau.
Perdana Menteri berkata beliau dan Tunku Mahkota Ismail juga sepakat untuk terus mengekalkan hubungan yang baik, selain mengukuhkan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Johor.
Sementara itu, The Royal Johor menerusi hantaran di Facebook memaklumkan pertemuan berkenaan berlangsung di Istana Bukit Tunku, di sini.
Hantaran itu turut memuat naik tiga keping gambar perbincangan antara Tunku Mahkota Ismail dengan Anwar.
-- BERNAMA
Berita terkini
- 1,021 Rakyat Palestin Terkorban Sejak Gencatan Senjata Gaza
- Malaysia Airlines Lakukan Pelarasan Sementara Operasi Di Terminal Udara KL CAT
- Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Dipengaruhi Penurunan Harga Minyak Mentah
- Spekulasi Politik, Kemungkinan PRU16 Bukan Faktor Utama Pengaruhi Keputusan Pelabur
- Murid 10 Tahun Dirujuk Ke Hospital Selepas Dipercayai Dibuli Di Asrama Sekolah