Selat Hormuz Akan Ditutup Susulan Pelanggaran Oleh AS, Israel - Iran
ISTANBUL, 20 Jun (Bernama-Anadolu) -- Ibu Pejabat Pusat Khatam al-Anbiya Iran mengumumkan pada Sabtu bahawa Selat Hormuz "akan ditutup" ekoran tindakan Amerika Syarikat (AS) yang didakwa melanggar komitmen, selain pelanggaran gencatan senjata yang berterusan oleh Israel di selatan Lubnan, lapor Anadolu Ajansi yang memetik saluran penyiaran tempatan.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh media rasmi Press TV, ibu pejabat itu memaklumkan bahawa keputusan berkenaan dibuat susulan tindakan AS yang "jelas memungkiri janji dan melanggar komitmennya" melalui kegagalan melaksanakan Fasal 1 Memorandum Persefahaman yang ditandatangani minggu lepas bagi menamatkan perang.
Kenyataan itu turut memetik "pelanggaran gencatan senjata secara berterusan oleh rejim Israel di selatan Lubnan" serta kegagalan pasukan pendudukan Israel untuk berundur dari wilayah selatan Lubnan.
"Dengan ini diisytiharkan bahawa Selat berkenaan akan ditutup kepada laluan semua kapal," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA-ANADOLU
Kata kunci
Berita terkini
- PRN Johor: Anwar Umum Senarai Penuh Calon PH Malam Ini
- Sukar Gambarkan Perasaan Raih Podium Utama Di GP Czech - Hakim Danish
- Risiko Di Sebalik Salah Anggap Sakit Perut Hanya Gastrik
- Iran Ikat Belgium Dengan Keputusan Seri Tanpa Jaringan
- Impak Gangguan Selat Hormuz, Pengurusan Haji Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini