20/06/2026 10:07 PM
Jumlah Mangsa Banjir Di Gopeng Berkurangan Malam Ini
IPOH, 20 Jun (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Bandaran Gopeng berkurangan kepada 65 orang malam ini berbanding 69 orang petang tadi, susulan banjir yang melanda Kampung Ulu Geruntum, Gopeng, semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan bagaimanapun jumlah keluarga yang terjejas kekal tidak berubah, iaitu 20 keluarga.
Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan hujan di semua daerah di Perak malam ini kecuali Batang Padang dan Bagan Datuk.
Jabatan Pengairan dan Saliran pula memaklumkan paras air sungai di seluruh megeri ini masih berada pada paras selamat.
Berita terkini
- Bersama Umum Calon PRN Johor Jumaat Ini
- Selat Hormuz Akan Ditutup Susulan Pelanggaran Oleh AS, Israel - Iran
- Setia Fontaines Industrial Park Pacu Pelaburan Teknologi Tinggi Di Pulau Pinang
- PM Anwar Seru Rakyat Pertahan Semangat Muafakat, Tolak Sentimen Perkauman
- Speedy Tigers Kelima Terbaik Piala Negara-negara FIH