20/06/2026 09:42 PM

Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Gegarkan Selatan Kastri, Greece - USGS

BEIJING, 20 Jun (Bernama-Xinhua) -- Gempa bumi kuat dengan magnitud 5.2 menggegarkan kawasan berjarak 10 kilometer di selatan Kastri, Greece pada 9.37 pagi GMT Sabtu, lapor Agensi Berita Xinhua yang memetik Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Pusat gempa berkenaan dikesan pada kedalaman 10 kilometer, dan pada peringkat awal ia ditentukan berada pada 34.74 darjah lintang utara dan 24.10 darjah bujur timur.

-- BERNAMA-XINHUA

Kata kunci